Sunday, 22 July 2012

Agenda Tersembunyi SPR untuk PRU-13?


Terdapat parti-parti politik yang akan membantah apa sahaja yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) walaupun perkara baik. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz menjelaskan parti-parti politik tertentu ini akan menggunakan media untuk memperkecil dan memperlekehkan perubahan-perubahan yang sedang dilakukan oleh SPR.

“Petugas-petugas SPR juga adalah ‘human being’ (manusia) yang mempunyai perasaan. Sudah tentu kami akan berkecil hati jika diperlekehkan,” kata Abdul Aziz lagi.

Dalam ucapan pembukaan “Majlis Perjumpaan SPR Malaysia Bersama Pemimpin Parti Politik Dan Taklimat Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13”, pengerusi SPR juga mengalu-alukan cadangan-cadangan dari mana-mana pihak untuk melakukan penambahbaikan proses pilihan raya.

“SPR dalam keadaan ‘good faith’ dan tidak mempunyai agenda lain.

“Kita perlu faham, semua perubahan yang mahu dilakukan perlu merujuk kepada undang-undang seperti perlembagaan, akta pilihan raya, akta kesalahan pilihan raya dan lain-lain,” kata pengerusi SPR dalam ucapannya sebentar tadi.

Spekulasi mengenai tarikh pilihan raya teleh diperkatakan semenjak akhir tahun 2011.

Pertemuan SPR bersama pimpinan parti politik bagi membuat simulasi pilihan raya, memberikan isyarat pilihan raya umum akan berlangsung bila-bila masa dari sekarang.


CINTA 1 Malaysia?


Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Dalam konteks cinta pula terdapat pelbgai jenis cinta - Cinta antara dua darjat, Cinta Monyet, Cinta Buta dan sebagainya. Namun ada satu jenis Cinta dimana penulis meniktirafkanya sebagai Cinta Eksklusif iaitu Cinta 1 Malaysia. 

Negara kita sudah lebih 5 dekad mengharungi kemerdekaan. Sebagaimana yang kita ketahui, negara kita terdiri daripada masyarakat yang majmuk dan pelbagai. Sebutkan sahajala daripada Melayu, Cina, India, Serani, Asli, Peranakkan, Bajau, Dayak dan seterusnya, kesemuanya adalah rakyat Malaysia. Salah satu resepi rahsia untuk membina satu negara aman, damai dan kukuh adalah - Perkahwinan Campur.

Perkahwinan Campur bukan lagi janggal dikalangan masyarakat Malaysia dewasa ini. Secara umumnya, masyarakat dapat menerima hakikat bahawa Perkahwinan Campur dapat memperkayakan budaya dalam masyarakat serta mengukuhkan hubungan antara kaum. Perkahwinan campur juga dapat meningkatkan populasi negara dan mempromosikan pembangunan ekonomi kebangsaan.

Gambar Hiasan
Selain itu, Perkahwinan campur juga akan membawa kepada penyebaran pemikiran terbuka dikalangan rakyat negara kita. Perkara ini juga berupaya untuk menyuntik nilai Patriotik yang tinggi dalam diri seseorang rakyat. 

Gambar Hiasan

Perkahwinan antara kaum patut dijadikan kesempatan memahami dan mempelajari nilai-nilai mulia yang dimiliki oleh setiap kaum bukan menghapuskan identiti kaum. Dengan itu, setiap kaum akan hormati dan cuba memahami kelebihan dan kekurangan yang dimiliki.

Gambar Hiasan



RENUNGKAN LAH...........




Nota : Artikel ini ditulis atas dasar keprihatinan terhadap Patriotisme dan Nasional. Ia tidak bertujuan untuk menyinggung mana-mana pihak, baik yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia


May-13 & PRU-13...


Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.

Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.


Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. 

Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan — the coalition's logo. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong mereka.


 



Mengapa Latheefa KOYA-K?

Blogger Raja Petra Kamaruddin telah mendakwa bahawa sebab disebalik perletakkan jawatan Ahli PKR Latheefa Koya sebagai seorang ahli Majlis MBPJ adalah berikutan skandal perlantikkan Sepang Mekar Sdn Bhd untuk mengambil alih dan membangunkan semula Kelab Syabas, Seksyen 8 di sini.

Kelab Syabas yang dikenali sebagai Pusat Sukan PJ Palm adalah hasil perjanjian antara Sepang Mekar Sdn Bhd dan MBPJ yang ditandatangani oleh Datuk Bandar Roslan Sakiman, Setiausaha MBPJ Puasa Md Taib dan Latheefa sendiri dua tahun lalu.

Perlakuan Latheefa telah dipersoalkan dan dibangkitkan oleh ADUN (DAP) Edward Lee pada tahun lalu. Lee, yang telah berjaya mendapatkan satu salinan perjanjian itu berkata bahawa Sepang Mekar membayar MBPJ sewa bulanan sebanyak RM15,000 sahaja.


"Jumlah kawasan Kelab Syabas adalah 136,500 kaki persegi ( 12,681 meter persegi) termasuk kedai-kedai dan kolam renang....yang selepas pengiraan bermakna mereka (Sepang Mekar) membayar 11 sen (RM 0.11) bagi setiap kaki persegi yang disewa"

"Bagaimanapun, Mekar Sepang sedang mengecas sub-penyewanya Waikiki Bar dan Salon Joe sebanyak RM4.50 sekaki persegi, manakala lain-lain sub-penyewa dicaj sebanyak RM5.20 sekaki persegi. Nampaknya penyewa utama membeli masa (dengan memotong elektrik) untuk memaksa sub-penyewa untuk menandatangani kontrak baru" beliau berkata dalam laporan The Star berikutan daripada aduan daripada penyewa kecil terhadap kenaikkan harga sewa dan bil elektrik yang melambung tinggi.

Perkara ini jelas menunjukkan penyelewangan yang telah dilakukan oleh Latheefa, dimana ia amat bertentangan dengan prinsip yang diperjuangkan oleh beliau iaitu BERSIH. Semoga pihak Pakatan Rakyat dan Dato Ambiga (Pengerusi bersama BERSIH) menagambil ikhtibar diatas insiden ini, kerana perkara-perkara sebegini dapat menghakis kepercayaan rakyat terhadap motif perjuangan BERSIH serta akan menyebabkan rakyat mempersoalkan kewibawaan dan ketelusan BERSIH itu sendiri.


Saturday, 21 July 2012

Tahun 2013, Tahun PRU-13!!!


Menurut tokoh politik negara, Tan Sri Abdul Aziz Tapa, menjagkakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah pada tahun depan. "Pilihanraya kali ini tidak sesuai diadakan pada tahun ini, ia lebih baik diadakna pada tahun hadapan." ujar Abdul Aziz yang juga merupakan seorang veteran UMNO.

Tambah beliau, perkara ini bertujuan untuk membolehkan pihak BN "membeli masa" untuk memenagi hati rakyat dengan program-program transformasi yang giat dijalankan sejak kebelakangan ini. Selain itu, perkara ini juga membolehkan pihak BN memperkukuhkan jentera pilihan raya untuk mengarungi satu Pilihan Raya Umum yang terhebat disejarah negara kita.

Akan tetapi persoalanya, adakah pucuk kepimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan berupaya untuk memenangi hati dan kepercayaan rakyat? Dikala kepimpinan pembangkang giat menidakkan segala usaha beliau itu.

Selain itu, wujud pula satu trend baru dimana sesuatu parti politik atau pergerakkan politik memperagakan serta menunjuk-nunjukkan bilangan kekuatan pengikutnya dengan mengadakan siri-siri perhimpunan tertentu.  Perkara sebegini dijadikan satu landasan mudah untuk menunjukkan dasar kekuatan mereka kepada rakyat dengan harapan rakyat akan terpedaya dengan kekuatan bilangan pengikut mereka dan seterusnya akan menyokong mereka.

Dasarnya, pelbagai taktik baik ataupun kotor digunapakai oleh semua pihak untuk memenagi PRU-13 ini. Harapan penulis agar Rakyat tidak mudah percaya dan terpedaya dengan janji-janji manis dan sandiwara politik segilintir pihak yang menberi harapan tidak logik kepada anda. Penulis juga amat yakin bahawa Rakyat sudah cukup matang untuk membuat pertimbangan yang tepat.


-MALAYSIA TANAH AIRKU-



Air Mata Rakyat Selangor & Krisis Air







Selangor dan Air, satu isu yang tidak boleh dipisahkan sejak dahulu lagi. Samada dipolitikan ataupun tidak, isu ini semakin hari menjadi semakin serius. Krisis ini bakal memakan masa depan rakyat Selangor sendiri selain memberi impak yang besar kepada negara kita, Malaysia juga. Ini hendaklah diakui berikutan Selangor merupakan jantung atau tunjang kepada segala aspek negara kita.


Syabas baru-baru ini telah mendedahkan bahawa keperluan terkini rakyat Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sudah meningkat ke paras 4329 MLD (juta liter sehari) sementara keupayaan kesemua pihak konsesi rawatan air hanya mampu membekalkan maksimum sebanyak 4371 MLD termasuk, loji di empangan Sungai Labu yang baru.






Menurut Dr. Zulkefly Ahmad (Harakah Daily), Selangor bukan sahaja bergantung kepada sumber air di empangan akan tetapi turut menggunakan sumber air hujan sebagai sumber air mentah. Akan tetapi perolakkan cuaca yang tidak menetukan sejak kebelakangan ini dengan indeks kemarau yang tinggi menyebabakan bukan sahaja tiada hujan akan tetapi simpanan air di empangan juga berkurangan dengan drastik. 


Menurut beliau juga, kononya Selangor mempunyai punca air bawah tanah (ground water). Dimana sumber ini belum lagi dimanfaatkan dengan efisiennya. Mengapakah perkara ini berlaku? Mengapakah SYABAS dan Kerajaan Negeri berdolak-dalik sehingga mampu isu ini?





PAS akan menyertai BN???

Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Ksedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. Longgokan ksedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.

Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis Umno bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. 


PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan.

Asal-usul diatas menunjukkan bahawa PAS sebelum ini memang pernah bernaung dibawah kepimpinan BN. Selepas PRU-12, PAS telah menyertai Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, DAP dan Parti Keadilan. Menjelang PRU-13 ini :

1. Adakah PAS sanggup diperalatkan oleh DAP dibawah nama Pakatan Rakyat?
2. Kemana Halatuju, Visi dan Misi PAS dibawah naungan Pakatan Rakyat?
3. Adakah perjuangan ISLAM PAS akan diabaikan?
4. Apakah kemungkinan PAS untuk bersatu menyertai BN semula?