Selangor dan Air, satu isu yang tidak boleh dipisahkan sejak dahulu lagi. Samada dipolitikan ataupun tidak, isu ini semakin hari menjadi semakin serius. Krisis ini bakal memakan masa depan rakyat Selangor sendiri selain memberi impak yang besar kepada negara kita, Malaysia juga. Ini hendaklah diakui berikutan Selangor merupakan jantung atau tunjang kepada segala aspek negara kita.
Syabas baru-baru ini telah mendedahkan bahawa keperluan terkini rakyat Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sudah meningkat ke paras 4329 MLD (juta liter sehari) sementara keupayaan kesemua pihak konsesi rawatan air hanya mampu membekalkan maksimum sebanyak 4371 MLD termasuk, loji di empangan Sungai Labu yang baru.
Menurut Dr. Zulkefly Ahmad (Harakah Daily), Selangor bukan sahaja bergantung kepada sumber air di empangan akan tetapi turut menggunakan sumber air hujan sebagai sumber air mentah. Akan tetapi perolakkan cuaca yang tidak menetukan sejak kebelakangan ini dengan indeks kemarau yang tinggi menyebabakan bukan sahaja tiada hujan akan tetapi simpanan air di empangan juga berkurangan dengan drastik.
Menurut beliau juga, kononya Selangor mempunyai punca air bawah tanah (ground water). Dimana sumber ini belum lagi dimanfaatkan dengan efisiennya. Mengapakah perkara ini berlaku? Mengapakah SYABAS dan Kerajaan Negeri berdolak-dalik sehingga mampu isu ini?

No comments:
Post a Comment