Sunday, 22 July 2012

Agenda Tersembunyi SPR untuk PRU-13?


Terdapat parti-parti politik yang akan membantah apa sahaja yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) walaupun perkara baik. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz menjelaskan parti-parti politik tertentu ini akan menggunakan media untuk memperkecil dan memperlekehkan perubahan-perubahan yang sedang dilakukan oleh SPR.

“Petugas-petugas SPR juga adalah ‘human being’ (manusia) yang mempunyai perasaan. Sudah tentu kami akan berkecil hati jika diperlekehkan,” kata Abdul Aziz lagi.

Dalam ucapan pembukaan “Majlis Perjumpaan SPR Malaysia Bersama Pemimpin Parti Politik Dan Taklimat Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13”, pengerusi SPR juga mengalu-alukan cadangan-cadangan dari mana-mana pihak untuk melakukan penambahbaikan proses pilihan raya.

“SPR dalam keadaan ‘good faith’ dan tidak mempunyai agenda lain.

“Kita perlu faham, semua perubahan yang mahu dilakukan perlu merujuk kepada undang-undang seperti perlembagaan, akta pilihan raya, akta kesalahan pilihan raya dan lain-lain,” kata pengerusi SPR dalam ucapannya sebentar tadi.

Spekulasi mengenai tarikh pilihan raya teleh diperkatakan semenjak akhir tahun 2011.

Pertemuan SPR bersama pimpinan parti politik bagi membuat simulasi pilihan raya, memberikan isyarat pilihan raya umum akan berlangsung bila-bila masa dari sekarang.


No comments:

Post a Comment