Thursday, 2 August 2012

Skandal Kewangan: Dr.Siti Mariam menipu Rakyat ...?





Pakatan telah mengatakan kononya mereka adalah penyelamat negara dan rakyat. Banyak isu yang dibangkitkan terhadap pihak pemerintah termasuk Penipuan Kewangan. Seperti apa yang telah dijanjikan oleh Pakatan, penguatkuasaan penuh dalam memerangi rasuah dan penipuan kewangan apabila mereka mengambil alih negara sebagai pemerintah selepas PRU-13. Dengan tambahan Undang-Undang Hudud (salah satu ideologi oleh PAS), akan memastikan negara ini sentiasa di puncak keselamatan dan negeri bebas daripada jenayah.

Namun, senario berbeza di Parlimen Kota Raja, sebagai Ahli Parlimen Dr.Siti Mariam telah mencagarkan untuk dana daripada Rakyat dan pengundi untuk penyediaan jentera PRU-13 akan datang.Perkara ini boleh dibuktikan melalui bukti-bukti yang ditemui di Blog Rasmi Parlimen Kota Raja. :





Peribahasa dahulu mengatakan  - "Sekeping gambar boleh menceritakan ribuan cerita". Saya mengambil keputusan untuk tidak mengulas lanjut kerana saya percaya rakyat tidak buta untuk tidak menerima kebenaran ini.

Namun, seperti biasa terdapat beberapa soalan yang berpusar dalam fikiran saya:

a) Adakah rasionalnya seorang MP menagih dana daripada rakyat dan penggundi untuk kempen Pilihan Raya?


b) Di manakah peruntukan dan dana yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri untuk Parlimen tertentu?


c) Adakah salah urus dana dan kewangan berlaku di sini? Di manakah kredibiliti sebagai Ketua Rakyat?


d) orang Sebagaimana yang diketahui rakyat  Malaysia amat terkenal dengan sikap Murah hatinya. Sehubungan dengan itu, sudah semestinya ramai yang telah menderma kepada perkara ini. Persoalanya, dimanakah wang itu sekarang?

dan yang terakhir...

e) Adakah kita memerlukan MP seperti ini lagi selepas PRU-13 di Kota Raja?



RENUNGKANLAH............


No comments:

Post a Comment