Wednesday, 25 July 2012

Emas dari Tuhan!


Emas merupakan kaedah pelaburan terbaik untuk jangka masa sederhana atau panjang. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan. Akan tetapi, peningkatan nilai emas setiap tahun menjadikan ia pilihan utama selain pelaburan hartanah, Unit Trust ASB dan lain-lain. Sebagai perbandingan:

Pada 4 Januari 2000, harga Emas 1 Ounce (31.1034768 gram) adalah = USD 282.05

Manakala,

Pada 30 Disember 2010, harga Emas 1 Ounce (31.1034768 gram) adalah = USD 1405.50





Perkara ini menunjukkan kenaikkan sebanyakk 398.31% dalam tempoh masa 10 tahun sahaja! Kenaikkan sebanyak ini dalam 10 tahun, pelaburan apa yang boleh memberikan jaminan pulangan seperti ini? Tiada yang lain daripada Pelaburan Emas.

Mengapa Pelaburan Emas adalah selamat?

1. Tidak terpengaruh oleh krisis ekonomi.

2. Nilai emas tidak dipengaruhi oleh inflasi.

3. Nilai emas tidak dipengaruhi oleh keputusan kerajaan atau politik.

4. Nilai emas berada diluar pengaruh sistem perbankan.

5. Sangat mudah dijual dan dicairkan menjadi wang.

6. Emas sukar dibinasakan.

7. Emas diterima diseluruh dunia.

8. Harga emas sentiasa naik dari tahun ke tahun.


Jesteru itu, penulis amat berharap agar setiap rakyat mula menyedari nilai dan harga emas. Ini adalah kerana rakyat kita cenderung untuk menjual atau mengadaikan emas sebagai satu sumber wang mudah, dengan tidak berfikir mengenai nilainya pada masa akan datang.

Pelaburan Emas, Pelaburan Bijak!






No comments:

Post a Comment