Tuesday, 24 July 2012

Selepas Air, Petrol Pula Percuma!!!


"Rakyat sedang menghadapi tekanan inflasi yang cukup kuat. Pendapatan mereka adalah tetap atau tidak berubah tetapi harga barang-barang terus naik. Adakalanya pendapatan jatuh kerana hilang peluang untuk kerja lebih masa disebabkan kehadiran pekerja asing yang telalu ramai. Tambahan pula fenomena pengangguran juga tidak dapat diatasi dengan sepenuhnya. Pemberhentian kerja juga berlaku di merata tempat kerana kegawatan ekonomi. Semua ini membebankan rakyat dalam keadaan inflasi yang semakin bertambah buruk.

Barisan Nasional yang juga dikenali ramai sebagai 'Barang Naik' tidak dapat mengawal kadar inflasi yang sedang makan kocek rakyat negara kita setiap hari. Tidak ada apa-apa polisi yang nyata untuk mengawal inflasi ini. Malah,tindakan kerajaan Barisan Nasional mengurangkan subsidi bagi barang-barang tertentu seperti petrol telah menjadi mangkin untuk menaikan lagi harga semua barang-barang di pasaran.

Bagaimanakan masalah ini boleh ditangani? Pakatan Rakyat sangat prihatin terhadap kebajikan rakyat. Satu daripada tindakan awal yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat jika menjadi Kerajaan Persekutuan ialah mengawal inflasi. Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjanjikan bahawa 'jika kita menjadi kerajaan hari ini, esok harga petrol akan diturunkan'. Ini adalah satu polisi yang lebih mantap dan menjaga kebajikan seluruh rakyat Malaysia. Penurunan harga petrol akan mengawal kenaikan harga. Tindakan ini akan meringankan beban rakyat. Ini adalah salah satu remedi untuk masalah yang kita hadapi sekarang. Polisi Pakatan Rakyat adalah untuk mengubat penyakit yang disebabkan oleh Barisan Nasional."


Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh V. Sivakumar di Ipoh pada hari Rabu, 22hb Februari 2012  berkaitan Harga Petrol dan Inflasi. 


Pada dasarnya, penulis amat bersetuju dengan hujah-hujah bernas yang disampaikan oleh V.Sivakumar. Akan tetapi, sehingga sekarang Penulis masih musykil dengan margin pengurangan petrol yang akan dilakukan.

Adakah ianya RM 2.00? RM1.00? RM 0.70? RM 0.10? RM 0.01?

Ataupun adakah seperti air akan diberikan 20 meter padu percuma kepada setiap rakyat pada setiap bulan?

Renungkan.....

No comments:

Post a Comment