Wednesday, 25 July 2012

MBSA Tidur Lagi?



Keselamatan penduduk Taman Subang Alam, Seksyen 27 disini akan terancam dimasa hadapan tidak lama lagi, sekiranya pembinaan jajaran stesen transit aliran ringan (LRT) dilakukan atas tapak bekas kuari disini.


Sebelum ini, kira-kira 300 penduduk Taman Subang Alam meminta pihak berkuasa menghentikan pembinaan LRT dikawasan taman perumahan mereka kerana kuatir ia akan menyebabkan tanah runtuh. Penduduk juga mendakwa pembinaan di tapak sekarang mengundang bahaya kerana ia melalui kawasan yang sempit antara tasik bekas kuari dengan deretan rumah di Subang Alam dan Putra Heights.


Penduduk bimbang kerja-kerja itu menjejaskan keselamatan mereka kerana mereka tidak didedahkan pelan migrasi dan pelan kontigensi untuk mengukuhkan struktur kuari berdekatan kediaman mereka. Jesteru itu, penduduk mencadangkan agar laluan dan tapak kedua-dua stesen tersebut dipindahkan ke satu lagi cadangan tapak yang berhampiran yang difikirkan selamat.

Gambar menunjukkan Jarak diantara Rumah dan Kuari.

Jesteru itu, cadangan tapak yang dikelurkan oleh MBSA ini harus dikaji semula. Penulis juga berharap agar pihak berkuasa - MBSA lebih peka sebelum meluluskan seuatu projek.


Bukan itu sahaja, penulis juga berharap agar MBSA mengkaji dahulu pandangan pakar dan juga masyarakat setempat sebelum bertindak membuat keputusan berkaitan.


No comments:

Post a Comment