Thursday 26 July 2012

MB Selangor: Kami juga beri RM500 la!



Kerajaan Negeri Selangor turut memberi bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500 kepada semua kakitangan awam sempena persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bonus tambahan dalam bentuk Simpanan Selangorku turut diberi kepada setiap kakitangan awam sebanyak RM200.
Katanya, wang tersebut akan dimasukkan dalam Simpanan Tabung Haji manakala bukan beragama Islam akan diberikan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN).
“Kedua-dua bonus ini akan dimasukkan dalam akaun kakitangan awam pada minggu hadapan. Kerajaan Selangor memperuntukkan RM20 juta untuk pembayaran bonus dan bonus tambahan Simpanan Selangorku kepada kakitangan awam untuk tahun ini.
Pemberian bonus dibuat berikutan kerajaan Pusat turut memutuskan perkara sama seperti diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

"Selangor memperuntukkan RM20 juta untuk pembayaran bonus" - KHALID
Penulis merasakan tindakan MB Selangor merupakan satu tindakan yang menhampakan rakyat kerana sebagai satu Kerajaan Negeri yang mengutamakan kebajikan rakyat, Kerajaan Selangor sepatutnya berupaya untuk memberikan Bonus yang lebih kepada kakitanganya.
Perkara ini memberikan satu tamparan kepada beliau kerana beliau melepaskan satu peluang keemasan untuk menunjukkan kewibawaan kepimpinan beliau. Selain itu, beliau sepatutnya harus mengumumkan pelan bonus ini terlebih dahulu sebelum YAB Najib membuat pengumuman berkaitan.
Adakah pengumuman lambat oleh MB ini adalah kerana beliau ingin membuat "kaji selidik pasaran" sebelum membuat keputusan bonus ini, kerana takut terlebih belanja?
Ataupun, adakah MB terdesak untuk memberikan bonus ini kerana pilihanraya sudah hampir?
FIKIRKAN....

No comments:

Post a Comment