Monday 23 July 2012

SJK(T) India Muslim yang pertama di Malaysia!


Masjid India Muslim yang berusia 104 tahun, salah satu masjid tertua di negara ini, bercadang untuk menubuhkan sebuah sekolah agama yang menggunapakai bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar, yang pertama di negara ini dan telah diluluskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Perak.

Jawatankuasa Pengurusan Masjid Pengerusi Datuk Thasleem Mohd Ibrahim, 63, berkata mereka juga merancang untuk mengadakan Peperiksaan Pencapian Sekolah Rendah kelas dalam bahasa Tamil sebagai projek komuniti yang lain.


"Kami telah membuat permohonan kepada Kementerian Pelajaran untuk kelulusan, Kami akan menggunakan enam bilik bersebelahan dengan bangunan tiga tingkat di kawasan masjid. Rancangan kami ialah untuk mendaftar 25 murid dalam setiap kelas." ujar Datuk Thaslem.

Thasleem berkata sekolah ini akan menggalakkan masyarakat India Muslim untuk menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah Tamil. Bangunan Masjid yang menempatkan pejabat pentadbiran, dewan, perpustakaan dan kemudahan lain terletak di tengah-tengah bandar di Jalan SP Seenivasagam.



Sumber: News Straits Times http://www.nst.com.my

No comments:

Post a Comment